Sifar (with Asfan Shah, Tripdisz) (OST Filem: Warkah) Lyrics

Original

Kmy Kmo - Sifar (with Asfan Shah, Tripdisz) (OST Filem: Warkah)



Lyrics:

Andainya aku tahu
Betapa diriku hilang tiadamu

Seperti biasa
Selepas bangkit dari beradu
Sudah terbiasa nafas dan degup diatur dulu
Dah pun selesai
Yang itu
Terus ku rujuk

Kelengkapan di diri
Serba-serbi harus cukup
Penglihatan yang mana kabur dilekapkan kanta
Tenaga badan makin uzur dilengkapkan herba
Dan pada minda
Minda yang makin bebal
Nak dikental

Zikir dan wirid cukup mujarabnya paras kebal
Nah bekal
Kan semuanya bila berjalan
Biar berpayung
Sebelum berhujan sesalan
Walau dilambung ombak dunia menguji iman dan
Taqwa ku kekal teguh tiap kali diuji Tuhan

Kenali pintu halal
Pagar yang mana haram
Bijak perlu di akal
Tak sekadar melaram
Kembali pada asal
Fahami hukum alam
Dugaan tak disangkal
Datang bermacam ragam

Usah bertanya pada yang duka
Pandangan dunia yang
Tak mungkin sama

Usah bertanya pada yang alpa
Apa mungkin bahagia jika
Hilang segala

Persoalan ku kerap
Singgah dibibir ramai
Apakah dah ditetapkan manusia mudah mamai
Yang lalai jauh dari jadi khalifah

Kemudi kapal karam dihanyutkan laut khilaf
Dan insaf
Nya datang pun jarang sekali
Saat diri dihempas rugi baru kucup bumi



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/kmy-kmo/lyrics/sifar-with-asfan-shah-tripdisz-ost-filem-warkah]
Kan sunyi
Bila tiada nikmat dipuji
Dicuci
Nikmat yang selama ni dikunci
Dan suci
Kan lubuk hati dengan ikhlas

Jauhkan dari sombong riak saat kau dikipas
Yang rimas
Yang lemas
Yang dikilas dibidas
Semuanya akan hadir bila iman hanya bias
Harus diakur

Makin jauh makin hancur
Bila tanpamu luluh hati lebur dari luhur
Jadi ku jujur
Saat bersamamu tak teratur
Hidup rapi tak serapi seperti asal kau dilentur

Andai saja ku tahu
Betapa diriku hilang tiadamu

Maafkanku yang tak pernah tahu
Berikanlah ku waktu
Untuk aku untuk kamu

Usah bertanya pada yang duka
Pandangan dunia yang
Tak mungkin sama

Usah bertanya pada yang alpa
Apa mungkin bahagia jika
Hilang segala

Sifarkan dosa
Tuk sifarkan segala musibah
Muhibah akan hadir tanpa henti berturut-turut
Minda jumud diselaputi lumut disetiap sudut

Maksum yang semakin
Susut pulang ke bermukin zuhud
"Hud ayat enam" kan yakinkan titik soal
Bilamana pasti datang besar ataupun setimpal

Lut pada kalam maka yang rugi ditinggal
Hubungan semanusia lestari takkan kritikal

Andai saja ku tahu
Betapa diriku hilang tiadamu

Maafkanku yang tak pernah tahu
Berikanlah ku waktu
Untuk aku untuk kamu